Monday, May 19, 2008

DULU....BUKANKAH MEREKA PERNAH BERSAMA???

Dulu...bukankah mereka pernah Bersama???...

Bersama Bekerja membangunkan Bangsa

Bangsa Melayu agenda perjuangan mereka
Kedua-duanya bertungkus lumus memperjuangkan Bangsa...


CUMA gaya perjuangan mereka sahaja berbeza...

seorang keras dan seorang lemah lembut TETAPI...

kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama....

membina generasinya yang BERJAYA...


19 Mei 2008 telah tercipta lagi satu sejarah...Seorang Bekas Presiden UMNO telah mengumumkan untuk tidak berada lagi di dalam UMNO sehingga YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri...Kecoh satu Malaya apabila mendapat tahu perkara ini. Dr. M meletakkan 2 syarat...Pertama tunggu sehingga Pak Lah tidak lagi memimpin UMNO dan Malaysia dan keduanya JANGAN masuk mana-mana parti pembangkang. Nampaknya Dr. M seperti mana diketahuyi umum telah mengotakan apa yang di kata...sekarang ini di "grassroot" semua orang mula terpinga-pinga...nak ikut Dr. M keluar parti atau terus setia bersama parti yang sudah tentunya akan terus memberikan sokongan kepada Pak Lah...




Wahai rakan-rakanku yang berbangsa Melayu...sedarkah kita bahawa orang Melayu sekali lagi berada dalam saat yang merbahaya..jika menang akan jadi arang dan jika kalah akan menjadi abu...kita tiada pilihan...pilihan yang kita ada hanyalah Memperkuatkan UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional...jangan kita jadi seperti pepatah melayu " sudah jatuh ditimpa tangga". Jika kedua-dua Pemimpin Agung kita ini terus berbalah...tunggulah saat-saat kehancuran...sudahlah 6 negeri kalah semasa PRU 12...sekarang parti pula dilanda gelombang...jangan Parti kita pecah dan orang Melayu sudah tiada tempat bergantung. Marilah kita lahirkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri..Jangan sampai Perdana Menteri jatuh dan rebah dan digantikan dengan seorang Perdana Menteri yang tidak boleh menyebut kalimah Allah(bukan Melayu)....sekarang ini Perdana Menteri perlukan sokongan kita...


* kan bagus kalau 2 gergasi orang Melayu ini bergabung lawan kafir Harbi (DAP)...





2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

betul....mari kita kasi gempur dan ajak semua bersatu kembali !

jom !!!!!

bicarahatiey said...

kenapa plak tiada pilihan? betul sgt ker umno tu? mmg dah x boleh nk tukar yg lain...?bagi aku, kita bukan hanya perlu memperjuangkan orang melayu...tgk sendiri dlm kerajaan BN, sumer hak melayu x terbela...nak jaga periuk nasi 'mereka yg boleh menjaga periuk nasi' org2 umno jer... aku org johor. org kata, negeri umno/bn yg paling kuat. tapi, aku tgk sebenarnyer, umno x jaga org melayu pun...cuba tgk sendiri berapa ramai org melayu yg tertindas di negeri yg 'kononnya kuat umno' ni....aku xnak cakap byk sgt...cuma, fikirkanlah, buka mata...mana 1 yg nnt akan Allah beri kelebihan di akhir perjalanan? melayu ke ISLAM?

tepuk dada tanya iman,
kawal amalan dengan panduanNya, pandu tindakan dengan akal...

p/s:aku lagi suka kalu pemimpin kita bukan hanya pandai sebut Allah, tapi dapat melaksabakan perintah Allah keseluruhannya...