Monday, May 19, 2008

DULU....BUKANKAH MEREKA PERNAH BERSAMA???

Dulu...bukankah mereka pernah Bersama???...

Bersama Bekerja membangunkan Bangsa

Bangsa Melayu agenda perjuangan mereka
Kedua-duanya bertungkus lumus memperjuangkan Bangsa...


CUMA gaya perjuangan mereka sahaja berbeza...

seorang keras dan seorang lemah lembut TETAPI...

kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama....

membina generasinya yang BERJAYA...


19 Mei 2008 telah tercipta lagi satu sejarah...Seorang Bekas Presiden UMNO telah mengumumkan untuk tidak berada lagi di dalam UMNO sehingga YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri...Kecoh satu Malaya apabila mendapat tahu perkara ini. Dr. M meletakkan 2 syarat...Pertama tunggu sehingga Pak Lah tidak lagi memimpin UMNO dan Malaysia dan keduanya JANGAN masuk mana-mana parti pembangkang. Nampaknya Dr. M seperti mana diketahuyi umum telah mengotakan apa yang di kata...sekarang ini di "grassroot" semua orang mula terpinga-pinga...nak ikut Dr. M keluar parti atau terus setia bersama parti yang sudah tentunya akan terus memberikan sokongan kepada Pak Lah...




Wahai rakan-rakanku yang berbangsa Melayu...sedarkah kita bahawa orang Melayu sekali lagi berada dalam saat yang merbahaya..jika menang akan jadi arang dan jika kalah akan menjadi abu...kita tiada pilihan...pilihan yang kita ada hanyalah Memperkuatkan UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional...jangan kita jadi seperti pepatah melayu " sudah jatuh ditimpa tangga". Jika kedua-dua Pemimpin Agung kita ini terus berbalah...tunggulah saat-saat kehancuran...sudahlah 6 negeri kalah semasa PRU 12...sekarang parti pula dilanda gelombang...jangan Parti kita pecah dan orang Melayu sudah tiada tempat bergantung. Marilah kita lahirkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri..Jangan sampai Perdana Menteri jatuh dan rebah dan digantikan dengan seorang Perdana Menteri yang tidak boleh menyebut kalimah Allah(bukan Melayu)....sekarang ini Perdana Menteri perlukan sokongan kita...


* kan bagus kalau 2 gergasi orang Melayu ini bergabung lawan kafir Harbi (DAP)...





Thursday, May 8, 2008

MENTERI BESAR KA atau BONE KA???


Wahai orang-orang Perak..terutamanya anak-anak jati Perak..
Lihatlah wajah berseri-seri Menteri Besar mike... Kerajaan PAS+PKR+DAP Perak di Menteri Besarkan oleh YAB Dato Seri Ir mohamad Nizar...cuba lihat AMMK/EXCOnya..daripada 11 termasuk MB, 7 adalah bukan Melayu..dah la macam tu..exco-exco DAP pula pegang Exco kanan...mungkinkah Orang Melayu dapat dibela di Perak.. DAP = 18 seats, PKR = 7 seats dan PAS = 6 seats....agak-agak kawan-kawan la...siapa yang paling berkuasa di PERAK?... saja-saja nak tanya jer....

KARPAL OH KARPAL..HAJI HADI DAN ANUAR PI MANA?



Sekarang ni semua orang Melayu sudah marah dengan Karpal Singh, Pengerusi DAP... dah la mempertikaikan Negara Islam bawaan PAS, sekarang Raja pula cuba disanggahnya...orang Melayu lain sudah marah tapi Melayu dan Islam dalam PKR dan PAS hanya duduk diam saja..Pelik tapi benar...Adakah mereka ni takut dilihat RAKYAT bahawa mereka ini cuba menipu rakyat?...adakah patut Anuar dan Hj Hadi dok diam sahaja taktakala Sultan cuba dipertikaikan dan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dicabar titahnya?...mari kita sama-sama renungkan perjuangan yang cuba dibawa oleh Pemimpin AGUNG pembangkang ini...



Tuesday, May 6, 2008

Dulu....Kini....

Dulu...mak bapak kita hidup melarat...
Dulu...mak bapak kita dihimpunkan...
Dulu...mak bapak kita diberikan hak...
Dulu...mak bapak kita membina...
membina generasinya yang celik...

Kini...kita telahpun dilahirkan...
Kini...kita telahpun dewasa....
Kini...kita telahpun celik dan cerdik..
Kini...warisan mak bapak kita ditanggung dibahu...
Kini...kita penentu masa depan...
masa depan generasi kita yang seterusnya...
BAGAIMANAKAH MEREKA DI SUATU HARI NANTI???...